Booth NADI di Program Jiwa Madani Komuniti Lubok China

26 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

25 Jun 2024 – NADI Linggi bersama-sama NADI Kota Pekan telah membuka Booth di Program Jiwa Madani Komuniti Lubok China. Program yang diadakan di PPDK Permata Bonda Lubok China ini bermula seawal jam 8 pagi dengan pelbagai aktiviti dan booth disediakan. Antara agensi yang terlibat membuka booth adalah dari JAPEN Rembau, JKM, KKM dan Booth NADI sendiri. Terdapat juga pelbagai gerai jualan produk, pertandingan dan persembahan oleh PPDK yang terlibat.

Booth NADI menyediakan kaunter Permohonan Bantuan Warga Emas dan lain-lain bantuan melalui portal N9 Digital dan Permainan Advokasi seperti Quizziz Online, Word Search, Wheel Topic. Selain itu Pengurus NADI Kota Pekan telah menyampaikan taklimat Kenali NADI bersama Komuniti MADANI dan juga permainan soal jawab kuiz kepada semua pengunjung.

Secara keseluruhan, program ini dihadiri oleh seramai kira-kira 132 orang pengunjung dan program tamat kira-kira jam 3.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali